Gum Arabic

Makanan Alami untuk Kesihatan.

Gum Arabic 2

Gum Arabic adalah getah yang dirperolehi dari batang pohon Acacia senegal dan Acacia seyal. Pengeluar utama Gum Arabic ialah Sudan yang membekalkan 80% dari bekalan dunia dan yang bermutu tinggi.

manna exudates2

Gum Arabic adalah sumber prebiotik semulajadi yang dapat memelihara usus dan meningkatkan imun tubuh manusia. Gum Arabic juga kaya dengan mineral dan acid amino penting untuk badan manusia. Gum Arabic membekalkan nutrient-nutrient yang sangat diperlukan badan manusia supaya ia boleh memperbaiki keadaannya sendiri secara semulajadi.

Prebiotic ialah bahan serat yang larut air (soluble fiber) yang tidak boleh di hadam. Prebiotic amat diperlukan bakteria-bakteria baik seperti Bifidobacteria dan Lactobacteria didalam usus besar manusia untuk pembiakkan dan untuk berfungsi dengan baik. Hubungan Probiotic (bakteria) dengan kesihatan manusia sangatlah penting. Manusia amat memerlukan hubungan ini untuk hidup sihat serta berfungsi dengan baik. Antara kebaikkan Prebiotic yang sudah dikaji;

Menaikkan tahap sistem imun manusia.
Mengawal kadar gula dalam darah dengan baik.
Menurunkan kadar Kolesterol.
Mengawal tekanan darah tinggi.
Menguatkan tulang & mengurangkan risiko Osteoporosis (tulang reput)
Menaikkan tahap penyerapan Kalsium & Magnesium.
Memulihkan keadaan usus bengkak (Inflammatory Bowel Disease).
Mengurangkan risiko barah usus.
Mengurangkan risiko keracunan usus oleh aktiviti bakteria-bakteria ‘jahat’ yang menyebabkan cirit-birit.
Gum Arabic juga mengandungi asid amino penting iaitu hydroxyproline yang diperlukan badan untuk proses pemulihan semulajadi dalam badan.

Amatlah penting bagi kita mengamalkan pengambilan Prebiotic setiap hari untuk kesihatan kita.
Posted by OH Halal at 02:49