Diet Pencegah & Pengobat Penyakit

Makanlah Prebiotik setiap hari untuk mengawal penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi, penyakit buah pinggang dan lain-lain penyakit lagi. Tidak percaya? Izinkan saya terangkan.

Sejak lebih 15 tahun dahulu, banyak kajian telah dilakukan di seluruh dunia untuk mengkaji manfaat mengambil prebiotik setiap hari. Salah seorang penyelidik yang giat dalam penyelidikan ini ialah Professor Florian Lang dari Fakulti Fisiologi Universiti Tubingen di German. Kumpulan penyelidikan beliau telah membuktikan bahawa prebiotik dari Gum Arabic dapat menurunkan paras gula dalam darah. Bukan itu sahaja, malahan Gum Arabic juga didapati berkesan dalam mengawal kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi serta menguatkan lagi sistem imun manusia.

Saya telah bertemu dengan Professor Lang lebih 2 tahun dahulu di Simposium Gum Arabic Sedunia di Kuala Lumpur. Beliau menerangkan bahawa kajian-kajian yang dibuat kumpulan penyelidikan beliau begitu pasti akan keberkesanan Gum Arabic dalam mengawal dan memulihkan penyakit-penyakit kronik jika Gum Arabic itu dijadikan makanan harian.

Seorang lagi doktor perubatan, Dr Mohamad Sallehin, telah menceritakan kepada saya tentang pengalaman-pengalaman beliau dan rakan-rakan sekerjanya akan keberkesanan Gum Arabic dalam merawat penyakit-penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang dan kanser. Mereka sangat kagum dengan manfaat Gum Arabic ini.

Dr. Abdul Jamil Abdullah pula, seorang pakar dan Konsultan Pembedahan di Malaysia , juga kagum dengan keberkesanan Gum Arabic yang dapat mengawal keadaan beberapa pesakit kronik yang beliau rawati.

577746_138388059644566_385874130_n

Gum Arabic keluar dari dahan setelah kulit dahan di kopek.

Apakah Gum Arabic? Gum Arabic diklasifikasikan sebagai makanan dan mempunyai kode E414 sebagai penstabil makanan. Gum Arabic ialah cecair atau getah yang keluar daripada pokok Acacia senegal dan Acacia seyal yang terdapat di beberapa Negara Afrika seperti Sudan. Gum Arabic kaya dengan mineral, asid amino dan prebiotik. Prebiotik penting untuk menampung pembiakan bakteria-bakteria baik dalam usus besar kita. Banyak kajian telah menunjukkan manfaat bakteria-bakteria seperti Bifidobakteria dan Lactobakteria dalam kesihatan manusia. Kajian juga menunjukkan bahawa mengambil Prebiotik dan Gum Arabic akan memberikan manfaat yang lebih daripada mengambil Probiotik (bakteria baik) sahaja kerana Gum Arabic mengandungi lebih prebiotik dan mineral serta kaya dengan anti oxida yang penting untuk kesihatan.

Gum-Arabic-Pic-web

Gum Arabic yang sudah di petik dari dahan pokok Acacia senegal & Acacia seyal.

Kajian juga menunjukkan Gum Arabic dapat membuat usus besar berfungsi dengan baik lagi. Para saintis juga berpendapat bahawa fungsi-fungsi baru usus besar dan kandungan bakteria yang baru dikenalpasti mestilah dikaji lebih mendalam.

Oleh itu, kita harus mengenalpasti dan memahami jenis makanan yang baik dan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan kita. Sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja belum tentu mencukupi untuk dijadikan diet seharian kita. Prebiotik yang terkandung di dalam Gum Arabic semakin menunjukkan kepentingannya dalam kesihatan seharian manusia.

Osman Ali

Osman@organichealth.com.sg